Wednesday 14 July 2010

FRAY


mix media on canvas
30" x 40"

artwork submitted for Citra Terengganu Art Competition 2010
Category II - Teremgganu Dalam Kenangan : Perang Besut 1870 an
to exhibit at Terengganu Museum, Kuala Terengganu.

-------------------------------------------------------------------


Sejarah Kita

Tafsiran amarah orang lama
bukan kira keringat
bukan kira nasib
'mari kita berperang!'

Setitis darah merah
menitis
pantas
deras
turun laju
jatuh ke bumi.

Di telinganya,
“isteriku, aku tak pasti
akan kepulanganku..”
“anakku, mungkin besarmu
tiada pemimpin..”
darah dan keringat
mula membasahi tubuh
meresapi setiap liang rongga
menitis dan terus menitis
‘ini perjuangan kami! kita serang!’

Basah bumi hijau
dek simbahan darah pekat merah
dari pergelutan sesama insan
lumpur, keringat, darah
menjadi satu.

Tafsiran juang orang lama
bukan kira tanah Tuhan
bukan kira langit biru
‘aku mahu apa yang aku mahu!’

Mereka tahu
kisah ini akan tertulis
buat pengajaran anak-anak
mungkin ia sebagai kenangan
mungkin juga panduan
atau mungkin hanya sandaran?

Ini interpretasi kaca mata seni
mungkin tiada apa yang perlu dibimbangkan
sejarah bumi Terengganu
yang pasti
tak perlu diulang.

2 comments:

Heart Shaped Box said...

one day, there will be a say.. 'fai zakaria IS an art..' i'm proud of you, proud to be the witness..

Fai Zakaria said...

*blush* Thanks HSB!
I hope so too...