Wednesday 14 July 2010

FRAY

2 comments

mix media on canvas
30" x 40"

artwork submitted for Citra Terengganu Art Competition 2010
Category II - Teremgganu Dalam Kenangan : Perang Besut 1870 an
to exhibit at Terengganu Museum, Kuala Terengganu.

-------------------------------------------------------------------


Sejarah Kita

Tafsiran amarah orang lama
bukan kira keringat
bukan kira nasib
'mari kita berperang!'

Setitis darah merah
menitis
pantas
deras
turun laju
jatuh ke bumi.

Di telinganya,
“isteriku, aku tak pasti
akan kepulanganku..”
“anakku, mungkin besarmu
tiada pemimpin..”
darah dan keringat
mula membasahi tubuh
meresapi setiap liang rongga
menitis dan terus menitis
‘ini perjuangan kami! kita serang!’

Basah bumi hijau
dek simbahan darah pekat merah
dari pergelutan sesama insan
lumpur, keringat, darah
menjadi satu.

Tafsiran juang orang lama
bukan kira tanah Tuhan
bukan kira langit biru
‘aku mahu apa yang aku mahu!’

Mereka tahu
kisah ini akan tertulis
buat pengajaran anak-anak
mungkin ia sebagai kenangan
mungkin juga panduan
atau mungkin hanya sandaran?

Ini interpretasi kaca mata seni
mungkin tiada apa yang perlu dibimbangkan
sejarah bumi Terengganu
yang pasti
tak perlu diulang.

Saturday 10 July 2010

VIVID IV

0 comments


mix media on canvas
30" x 40"

artwork submitted for Citra Terengganu Art Competition 2010Category II - Teremgganu Dalam Kenangan : Perang Besut 1870 an
to exhibit at Terengganu Museum, Kuala Terengganu.

-------------------------------------------------------------------

A day of battle is a day of harvest for the devil.
~William Hooke
----------------------------

Hening
Suram
Kelam
Suasana tika itu

Tiada awan biru
Tiada kicau burung
Tiada mentari menyinari
Bumi Tuhan

Mana hilai tawa
Mana gurau senda
Mana dodoi
Mana nyanyian
Mana mimpi indah

Mendayu isteri memanggil suami
Laungan suami menggegar Arasyi

Jeritan
Pekikan
Tangisan
Rintihan

Yang ada hanya
Hunusan keris
Layangan pedang,
Dentingan bidik dan belati
Di sana sini.

Yang ada hanya
Keringat membanting kederat
Percikan dan tumpahan darah
Laungan semangat perjuangan
Menggegar bumi Terengganu.

Yang ada hanya
Semangat kental
Demi maruah
Demi membela nasib diri!

Limpahan airmata
Tumpahan darah
Harga maruah diri
Tak terbayang apa yang hilang
Cuma tinggal satu soalan
Wajarkah?

Sunday 4 July 2010

SERENITY V

0 comments


mix media on canvas
24" x 36"

July 2010 RM500 Special Price
at Srikandi Exclusive Hi-Tea Event, Royal Bintang Hotel, Mutiara Damansara.
SOLD to Puan Nazimah Abdul Wahid,
Cheras, Selangor, Malaysia.


-------------------------------------------------------------------

Originally, this piece comes in 3 pcs. It's called Serenity IV but due to the rest of them had fall from my bedroom wall... And only this piece survived. I decided to repaint the rest and leave this one out and of course, let it go at the very best price!

So, first come first serve basis - I'm letting this go at RM500 only! It's a very fragile artwork I must warn you. The sand used for this piece won't stay at where it should be if drop. So, handle with care!