Monday 15 November 2010

REMORSE


mix media on canvas
36" x 36"

RM2,400 SOLD to Mr. Johan Mohd Dali,
Geneva, Switzerland.

-------------------------------------------------------------------

Waktu pintumu ku buka setengah
gemersik menikam mengalun suara
ku tinjau sejenak untuk periksa
bergema di Lembah Inderaloka

Suaramu membisik merdu di kalbu
...memanggilku

Kubuka sepenuh pintu dayamu
dan melangkah masuk kedalam taman mu
aku tak pasti apa akan berlaku
kalau aku ditangkap pengawalmu

Mungkin aku akan terkorban
...dalam merinduimu

Tapi kenapa kau hadir saja
dalam setiap mimpi-mimpiku
dan meninggalkan kunci dan peta
kalau aku kau tak ingini

Kasih, siapa aku di sisimu
kini ku berada dalam taman mu
tiada aku takut akan kematian
kerana hidup dan mati sama untukku
telah kulalui, berulang kali

Keindahan taman mu tiada bermakna
jika wajahmu tidak kutemui
biar ku terlantar dimamah waktu
aku tetap akan menunggumu

Kasih, siapa aku di sisimu
ku pakukan kakiku ke tanahmu
biar berdarah menjadi sungai
agar tak bisa dicabut oleh sesiapa
yang mahu menghalau ku keluar...!


No comments: